Saturday, November 17, 2012

SKAUTMASTE KE SUROBOYO : SMAN 1

Rombongan SMK Sultan Badlishah di hadapan blok Intelek
    Skautmaste bersama 4 orang guru dan 40 orang kebitaraan Bahasa Melayu dan Kelab Badminton telah bertolak ke Surabya untuk menjalin silaturahmi denan sebuah sekolah elit di Suroboyo iaitu SMAN 1 Surabaya. Surabaya yang bermaksud Sura - ikan jerung dan baya - buaya merupaka satu bandar yang mempunyai nuansa sejarahnya yang menarik. Ternyata darah kepahlawanan yang mengalir di tanah ini dapat di lihat di jantung kotaraya yang pesat membangun.

Perasaan yang teruja di kalangan pelajar
    LCCT ke Hotel Maumu - Setelah menghadapi pelbagai rintangan sepanjang perjalanan ke LCTT, ketibaan kami disambut baik oleh ground tour kami iaitu Pak Andi Sadieq di Juanda International Airpoirt. Pelbagai cerita dicurahkan sepanjang perjalanan daripada airport ke Hotel Maumu. Hotel Maumo agak lengang dan biliknya yang agak selesa mengundang semua peserta untuk menerjah lubuk mimpi masing-masing. Skautmaste mengambil kesempatan untuk berdiskusi dengan Pak Andi Sadieq hingga jam 3 pagi. Keramahan Pak Andi membuat Skautmaste rasa terkesan sekali.
Periksa Passport masing-masing

Sabar..sabar
    Tepat jam 8.00 pagi telah berkumpul semua peserta di lobi hotel untuk bergerak ke SMAN 1. Skautmaste agak beringas dengan kelewatan beberapa pelajar yang disiplinnya agak longgar. Walaubagaimana pun semua nya terlerai apabila disambut mesra oleh pelajar SMAN 1. Setelah menyaksikan tarian tradisional, Adik Afifah menyampai bebreapa lagu patriotik Malaysia sebagai membalas persembahan pertama tadi.
     Pertandingan Debat dimulai dengan pseserta dari SMK Sultan Badlishah. Seramai 4 orang pendebat telah menunjukkan bakat mereka. Acara seterusnya adalah pertandingan badminton. Sebanyak 3 perlawanan diadakan dan SMK Sultan Badlishah berjaya dengan agregat 2-1. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian. Banyak lagi acara sampingan yang dilalaui termasuk ber'shopping' di Mirota dan lawatan ke Lumpur Lapindo dan akhir Sate Madura. Pertandingan makan sate madura telah dimenangi oleh Cik Yah kita!!!!

No comments:

Post a Comment